HOME 1ST BLOG DASHBOARD ABOUT ME

Kisah seorang yang tidak tahu baca al-Quran

~ KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL- QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA   MENJULANG LANGIT~

Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. " :) 
Dikongsi dari Facebook.

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam  dan sunyi.
Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya  yang terang benderang muncul dari sebuah kubur,  dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.         
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu.
Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan.         
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.         
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.

Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu  menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.         
Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini  benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki  tersebut dan isteri simati.          

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati  teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur  suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan  ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya ,  seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai  sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih,  mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak  mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat  bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai  Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku,  jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi.  Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.         
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.  Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya  kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.  Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.  Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita  menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca.         



Nota Ustaz Azhar Idrus

Nota Ustaz Azhar Idrus.. ~         Renung-renungkanlah

● ada pasangan yang mati ketika sedang leka berzina tapi kita masih nak berzina tanpa ambil pengajaran .         
● ada pasangan yang kemalangan ketika bercumbu dalam kereta tapi kita masih nak bercumbu tanpa rasa berdosa .         
● ada pasangan yang dipanah petir ketika keluar berdeting tapi kita masih nk berdeting walaupun belum kahwin .         
● ada yang mati tak sempat nk delete gmbar dedah aurat di FB tapi kita masih bernafsu upload gambar
berbagai gaya di FB .         
● ada pasangan yang mati mengejut ketika webcam tapi kita masih lagi bersuka ria webcam dengan       pasangan couple .         
● ada pasangan yang mati ketika sedang berdisco menari nari api kita masih lagi nak berkunjung kononmelepas tension .        
 ● ada pasangan yang pecah telinga ketika leka bergayut tapi kita masih lagi bersenang lenang nak bergayut lagi .         
● ada pasangan yang mati tak sempat nak kembali bertaubat tapi kita yang masih hidup nie berterusan dalam maksiat .    

      

13 perkara yang perlu wanita Islam jaga

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) (Seperti pasang penangkap gigi)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Wanita ada 4 tudung

~Wanita ada 4 tudung ~

  1. tudung pada WAJAHNYA ..
  2. tudung pada MATANYA ..
  3. tudung pada SUARANYA ..
  4. tudung pada HATINYA ..


~ Apa maksud di sebaliknya ~

  1. tudung pada WAJAH : jangan sampai wajahnya mengundang FITNAH .. kecantikan adalah pingitan buat suami .. BUKAN PAMERAN untuk lelaki ajnabi ..
  2.  tudung pada MATA : jangan matanya MEMANDANG lelaki lain selain muhramnya ..solehah yang hakiki tidak dipandang dan tidak memandang .. 
  3.  tudung pada SUARA : JANGAN DILUNAK-LUNAKKAN dengan tujuan memikat dan mempesona ..
  4.  tudung pada HATI : MENGINGATI Allah dengan tasbih/ zikrullah ..
BERMULA SEBUAH KEBAIKAN ^__^

Dosa meninggalkan solat

SUBUH : Dia akan disiksa selama 60 tahun didalam neraka..

ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam..
          
ASAR : Dosanya seperti meruntuhkn ka'bah..          

MAGHRIB : Dosanya seperti berzina dengan orang tua sendiri.. 
        
ISYA' : Allah tidak redha dia hidup di bumi Allah dan di segerakan agar ia mencari tempat lain..




Pertanyaan seorang lelaki Inggeris kepada seorang Syeikh


Lelaki Inggeris bertanya:
"Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dgn lelaki?"

Syeikh menjawab:
"Dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggeris menjawab:
"Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata:
"Wanita-wanita kami (Kaum Muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki sembarangan (Yang bukan mahramnya)."

Lalu si Inggeris bertanya lagi:
"Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"
Syeikh tersenyum dan mempunyai 2 coklat,membuka yang pertama dan yang satu lagi tertutup... Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor...

Syeikh bertanya:
"Jika saya meminta anda untuk mengambil salah satu coklat,yang mana anda pilih?"

Si Inggeris menjawab:
 "Yang tertutup..."   
      
Syeikh berkata:
"Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan..."

Si Inggeris menjawab:
 "Wow! Islam is amazing..."        
 


Kepada kaum hawa jaga diri baik-baik ya. 
Peringatan untuk kawan-kawan perempuan semua. 
ISLAM ITU INDAH

12 Golongan manusia di padang Mahsyar

Golongan ke berapkah anda?
  1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki.
    Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
             
  2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.        
    Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.         
  3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka     tidak membayar zakat.        
  4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.        
  5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.        
     
  6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.         
  7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.        
  8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.        
  9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika didunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.        
  10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.  
           
  11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.         
  12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim)     seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.          

Seksanya azab api neraka

"Panassssss Allah , panaasssss !"          
"Aku mahu keluar dari lubang kecil ini , sempit ya Allah ! tolongggggg !"          
"Arghhhhhhhhh pedihnya ya Allah . kulit aku bagai disiat-siat , kepala aku dipenggal kemudian cantum semula kemudian dipenggal lagi kemudian cantum semula . tolong ya Allah !"          
"Otak aku mendidih menggelegak ya Allah , panassssss ! aku mahu keluar !"   
"Allah , beri aku 1 saat utk kembali ke dunia , aku mahu ucapkan 'astghfirullah'!" 

Mungkinkah keluhan-keluhan ini yg akan kita ungkapkan kelak ? Atau keluhan yg lebih berat ? Bersediakah ? Bersediakah ? BERSEDIAKAH ? 

Hanya 1 saat kita perlukan untuk kembali ke dunia semata-mata mahu menyebut ungkapan itu , Mahu solat , mahu tutup aurat , mahu beribadah siang malam . Mahu semahu-mahunya . 

Bayangkan & kaki dikenakan selipar besi , badan disaluti pakaian besi , dimasukkan kita kedalam api itu . Panassssssss tak terhingga. Dari kaki ke otak hingga ke luar badan rasa panas mendidih menggelegaknya . 

Adakah kita fikir kita mampu utk mendapatkan 1 saat itu bilamana roh dan jasad kita sudah terpisah ? : ' (Roh disoal , ditanya mengapa jalan ini yang kita pilih .          

Jasad terbakar rentung kepanasan :'(Siapa yg akan datang menolong ? Jin syaitan yg kita bela ? Manusia yg kita cinta ? Tiada siapa yg mampu , Tiada siapa yg dengar :'(  
      

Hanya kita dan Allah untuk perhitungan itu . 
Hijrahlah selagi 1 saat itu masih bersama kita .


Azab buat perempuan yang tidak mahu bertudung atau berhijab

Azab buat perempuan yang tidak mahu bertudung atau berhijab


Wahai saudariku, saya mengingatkan kamu sebuah pesan dari Nabi kita, Muhammad Shalallahu'Alaihi Wassalam tentang Hijab.          
Jangan menyesal kelak di hari kiamat, bila anda tidak mau          membaca dan mentaati nasihat ini.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim...          

①. Azab buat perempuan yang membuka rambut kepalanya dilihat selain suami atau muhrimnya adalah ''Rambutnya akan digantung dengan api Neraka sehingga mendidih otaknya dan ini terjadi berapa lama ia di dunia semasa hidupnya belum menutup rambut kepalanya...!!!’’          

②. Azab buat perempuan yang suka berpakaian seksi dan menunjukkan dadanya adalah ''Digantung dengan rantai api neraka dimana dada dan pusatnya diikat dengan api neraka serta betis dan pahanya di panggang seperti manusia memanggang kambing di dunia dan api neraka ini sangat memedihkan perempuan ini...!!!’’          

③. Azab buat perempuan yang suka menjadi penggoda dan berusaha menggairahkan lelaki lain dengan tubuhnya yang mengoda adalah ‘‘Perempuan ini mukanya akan menghitam dan memakan isi          perutnya sendiri...!!!’’(H.R. Imam          Bukhari dan Muslim).


Cukup hanya Allah

Kata-kata yang di sampaikan oleh Ustaz Kazim Elias, amat benar menusuk qolbu.

"Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menempuh kehidupan di dunia ini, walau bukan setiap detik hatiku disandarkan dalam mengingati-Mu.
Namun sering ku mohon perlindungan daripada-mu wahai TUHANku.
Semoga diri ini terus berada dalam pemeliharaan-Mu. Maka,cukup hanya ENGKAU..."

30 Orang pertama dalam Islam

30 Orang yang pertama dalam Islam

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan :Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
  17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
  19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
  26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


14 Persoalan menarik tentang Agama Islam

Persoalan Menarik Tentang Islam yang Perlu Anda Tahu Jawapannya

Pertanyaan ni sering menjadi persoalan di kalangan mereka yang bukan Islam lebih lebih lagi di antara mereka yang cukup kuat dengan agama mereka [agama bukan Islam]

Bukan takat orang bukan Islam je, bila perkara ni timbul . Saya pon turut sama bingung kerana masih banyak perkara yang saya tak tahu tentang Islam. 

Sebab tu la dalam Islam sendiri galakkan kita dekatkan diri golongan ulama...banyak ilmu yang boleh kita dapat

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong. 
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’ Kenapa?

‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’. 
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8 ) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia. 
9) Sami Budha menjawab “ Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria? 
10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Kita jawab lagi “ habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. 
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah! 
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw kerana Nabi dan Rasul sebelum baginda kan telah Allah lantik sebelum Nabi Muhammad?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


Sumber Dipetik dari:


http://www.informasi.my/agama-dari-bukan-islam-untuk-orang-islam-tentang-islam/