Golongan ke berapkah anda?
- Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki.
Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
- Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.
Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya. - Dibangkitkan
dalam keadaan perut membesar
dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
- Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana
ketika berniaga , mereka suka
menipu.
- Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk
daripada bangkai kerana ketika
didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut
dilihat orang , tetapi tidak
takut kepada Allah S.W.T.
- Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia
selalu memberi kesaksian palsu.
- Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
- Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala
terssungkur, sedangkan kedua –
dua kakinya di atas kepala dan
farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika
hidup, golongan ini suka berzina
dan mati sebelum sempat bertaubat.
- Dibangkitkan dalam
keadaan wajah yang hitam tetapi
matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika didunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
- Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika
hidup di dunia dia menderhaka
kepada orang tua.
- Dibangkitkan dalam
keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya
menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai ke perut
manakala perutnya pula menjulur
sehingga ke paha dengan perutnya
penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
- Mereka yang dibangkitkan
daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya
rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.
No comments:
Post a Comment